Wednesday 7 May 2014

resipi congo bars


assalam semua

lama x update blog, hehe. ghinduuu !
ok, arini kite nak kongsi resipi congo bars.seriously aku cakap memang senang nak buat kek ni.
dalam banyak-banyak kek yang aku buat, kek ni la paling mak abah aku suka. pasepa?? sebab kek ni dia tak bersungguh sangat. aikk! cam pelik je bunyi. hehehe

xla, macam orang tua dorang tak minat sangat kek yang manis-manis ni. nak makan kek tapi yang rasa x bersungguh sangat. pastu kek ni sesuai nak bawak minum petang, rasa dia rilex2 je. chill! hahaha. amekaw.

habis bab ceritam sekarang intai2 resipi dulu. dah abis baca pegi supermarket cepat-cepat beli barang. :)




BAHAN A
315g tepung gamdum
2 1/2 sk baking pawder
1 sk garam

BAHAN B
1 ketul @ 250gm butter
220g gula perang

BAHAN LAIN
-4 biji telur
-1 sk esen vanilla
-chocolate chip
-kacang badam




CARA-CARA
1. satukan semua bahan A, kemudian ayakkan. ketepikan
2. di dalam bekas lain, kacau bahan B menggunakan mixer. (jgn kacau terlalu lama)
3. masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan B
4. kemudian masukkan esen vanila
5. seterusnya masukkan bahan A yang telah di ayakkan dan kacau hingga sebati
6. setelah adunan sebati, masukkan chocolate chip dan kacau pakai spatula
7. setelah siap, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah di lengseng dengan mentega.
8. akhir sekali, taburkan kacang badam (ikut suka) dan bakar pada suhu 170C selama 30min atau sehingga kek tersebut menjadi warna brownies.





sebelum di bakar





selepas di bakar :)



ok dah, selamat mencuba. byebye! :-*








  

Tuesday 4 February 2014

resipi hokkaido chiffon cupcakes



assalam, sayang ! :-*

wahh wahh wahh kak ton, rajin updated blog sekarang ya. xpela, alang-alang dah rajin ni meh sini meh kak ton nak share resipi ni. muahahaha.

okay tanpa melengahkan masa lagi jom kita jeling-jeling resipi kak ton. :)


bahan A
-4 biji kuning telur
-30gm gula kastor
-1 sudu kecil asen vanila
-40 ml susu segar / susu marigold HL pun boleh.
-40 ml minyak sayuran
-55 gm tepung kek / tepung gandum
-20 gm tepung kastard
- 1 sudu kecil baking pawder


bahan B
-4 biji telur putih
-80 gm gula kastor


cara-cara bahan A
-satukan tepung gandum, tepung kastard & baking powder. Ayakkan 1x @ lebih
-pukul kuning telur & gula dah putarkan pada kelajuan perlahan
-tambahkan esen vanila, susu segar dan minyak sayuran. Kemudian masukkan bahan yang diayak tadi. Putar guna mixer. Ketepikan



adunan A


cara-cara bahan B
-pukul putih telur hingga kembang
-tambahkan gula dan pukul pada kelajuan tinggi hingga adunan menjadi soft peaks



adunan B

-siap adunan B, campurkan adunan B sedikit demi sedikit ke dalam adunan A dengan kaedah kaup balik. Gaul hingga sempurna.


adunan A + B



nanti akan jadi macam ni ya

-tuangkan adunan ke dalam bekas dengan anggaran 80%. Hentakkan bekas dengan perlahan untuk mengurangkan gelembung udara pada kek.




-masukkan dalam oven dengan kepanasan 160-170c dan bakar lebih kurang 20min @ kek menjadi warna brownies diatas.
-biarkan kek sejuk di dalam untuk seketika.
-sementara menunggu, boleh buat krim kastard dulu.





bahan-bahan krim kastard
-4 sudu tepung kastard
-sedikit air panas
-3/4 cawan susu cair
-4 sudu besar gula @ secukup rasa.

cara-cara
-campurkan tepung kastard bersama air
-masukkan susu & gula di atas api kecil
-masukkan kastard bersama susu dan gula tadi
-siap !


ikut step ni ya uolss 



-selepas itu, paipkan krim kastard tadi di atas kek yang telah sejuk. hiaskan mengikut kretiviti anda. hohoho




 setengah orang paipkan krim kastard tu dalam kek, tapi sy paipkan atas kek tu aje. tak kisah macam mana pun. suka hati korang la. tak nak bubuh krim kastard pun boleh. :)



sekian drp kak ton, terima kashehhh. hikhik

selamat mencuba.



Monday 3 February 2014

resipi puding triffle bertingkek-tingkek

assalam

adoii tajuk entry tak boleh blah sungguh, hahaha
okay arini kak ton nak share resipi puding triffle pulak.
sediakan pen dan kertas ya semua. kalo yang search resipi ni pakai smartfon korang screencapture jer
mudah kan, semudah abc? amboii ko. :p

okay dah, ready? hahaha

bahan A
-kek gulung secukupnya
bahan B
-1 cawan @ 4 sudu tepung kastard
-1/2 cawan gula
-air secukupnya
bahan C
-buah koktel
-1 kotak kristal jelly
-2 cawan air
-gula secukup rasa (depend la, kalo nak kencing manis tambah gula sekilo pon bole, ^_^) *kidding
-1/2 sudu besar pewarna merah (nak bagi cantik je)


cara-cara Bahan A
-kek gulung dipotong setebal 1cm. penuhkan dasar mangkuk/bekas dengan kek tadi. penuhi ruang bekas dan tekan2 supaya padat. Ketepikan.


bahan A


cara-cara Bahan B (krim kastard)
-campurkan tepung kastard bersama air panas. kacau hingga sebati untuk mengelakkan tepung itu berketul.





-kemudian masukkan susu bersama gula diatas api yang kecil dan masukkan kastard yang dikacau bersama air tadi. kacau sehingga mesra.
*kalo rasa krim tu cair boleh tambah tepung kastard lagi. korang agak2 sendiri la ya



 -selesai buat krim kastard, curahkan ke dalam lapisan kek tadi. Ketepikan.


macam ni ya cik kak :)


-masukkan buah koktel, nata de coco dll. *ikut suka nk letak apa pun.






cara-cara Bahan C (kristal jelly)
-masukkakn serbuk jelly, air & gula
-panaskan di atas api kecil. tunggu hingga mendidih




-selepas itu, curahkan ke atas lapisan kastard tadi
-biarkan seketika & masukkan ke dalam peti sejuk.
-tunggu beberapa jam sehinnga puding menjadi keras,
-siap!







so step by step akan jadi macam ni.


selamat mencuba ! bubye :-*
















Saturday 27 July 2013

terima kasih daun keladi



assalam, love <3


dah lama tak berblogging. Ohh ! rindu ! haritu ada la taip beberapa entry, tapi aku save kat draft sebab aku punya watermark tak menjadi.. jenuh dah aku buat benda tu tapi tetap tak dapat. sedih sorang sorang la ko,huhu..


aku kadang kadang confuse tau dengan diri sendiri, nak kata minat berblogging tu tak tahu la..time ada mood tu kemain angan-angan nak update tu la ni la..bukak je lappy ke laut semua..hilang tiba-tiba, tak tahu pergi mana,uhuu ! aku tengok orang lain update blog sehari tu 2 entry, lebih pun ada tau..ehh,korang ni takde keje ke? asyik hadap blog je..tak boring ke? hahaha..amboii ko, sedap mulut..orang tu rajin, pandai bahagi masa..bukan macam ko, ko ni malas..hehe..ehh aku ni malas ke? takde la, biasa-biasa je, iolls kan sibuk, korang tahu apa,kihkih


ya, aku tahu aku baru je dalam dunia blogging ni..semua benda tak tahu..aku tahu login blog, taip entry panjang-panjang pastu post..yang lain tu macam blur je, tak tau apa-apa. sedih lagi !


aku pun macam korang jugak, bila dah ada blog ni of couse nak blog tu cantik, nak semuanya complete..tapi yang jadi masalah nye tak reti nak buat, acaner tu? 

so aku dengan sepantas kilat search kat tenet blog mana yang sediakan tempahan untuk cantikkan blog, and last2 aku jumpa blog izza sakura ni, aku tengok banyak blog-blog lain yang sediakan tempahan yang macam ni, tapi aku lebih suka yang ni, nak buat macam mana kan..redha jela, kalo hati dah suka tu terima jela. kang menangis hati i nanti sape susah? aku jugak nak kena pujuk...*woii, mengada pompuan ni, hahaha !* biasa la, nak mengada kat blog sendiri pun tak boleh ke??

nak tahu rahsia tak? hehe..malu sebenarnya nak cakap ni..

boleh dikatakan hampir 95% aku suruh izza buatkan untuk aku, daripada header, templete, banner, watermark, apa lagi eh..banyak la ! sebenarnya boleh je ko nak belajar buat sendri pun tapi ni aku suggest untuk orang yang macam aku ni haa..macam aku ni aku malas nak belajar benda-benda ni semua, memang aku tak minat..baik upah orang je, kan senang. ko bagitahu je nak design yang macam mana,warna apa. Nanti dia buatkan..kalo dah malas tu benda senang pun jadi susah. ehh, dah tak minat, tak kan la nak paksa kan, kuikuikui.


untuk bayaran tu aku rasa memang sangat-sangat berbaloi ! yang aku punya rm30 full okay..masa dia design tu bukan terus siap tau, dia akan siapkan satu-satu dulu, pastu tanya kita ok ke tak..kalo kita suka dia akan proceed untuk yang lain tapi kalo tak dia buat lagi sampai kita puas hati..*okay part ni sesuai untuk orang yang cerewet macam aku* :-D


sekarang ni izza tengah berjinak-jinak hasilkan doodle pulak, aku tengok lawa je dia buat even masih baru..good job girl ! nanti boleh la i tempah okay,ahaahaha ! mengada sungguh..aku rasa aku ni banyak menyusahkan si izza ni,hehe..kalo ada apa-apa je terus tnya dia..bagus dia ni, tak bosan nak layan aku tu la ni la.




so far sangat berpuas hati dengan hasil kerja dia, :)




kadang-kadang orang tertarik tengok blog kita sebab design blog tu cantik, kan dari mata turun ke hati. korang tak tahu eh?hikhik..tak salah pun nak belanja sikit duit tu untuk blog kesayangan kan





yeayy! finally i got it..watermark kittew, jangan jelly ! 
hehehe, :p



terima kasih daun keladi izza sakura, lain kali boleh tempah lagi. wuhuuu ! 


ok dah, see u on the next entry..tapi tak tahu bila lagi..











Saturday 6 July 2013

resipi oreo cheese cake tanpa bakar


Assalam :)


aritu aku ada upload gambar oreo cheese cake kat fb, pastu ada sorang kawan aku ni mintak tolong buatkan untuk dia sebab dia teringin sangat nak makan cheese cake, pastu aku cakap kalo nak makan datang la rumah..nanti aku buatkan untuk dia, dia ok je..lama lepas tu kawan kawan yang lain sibuk tanya kek tu siapa buat, nak buat macam mana, senang ke tak..tapi tu semua persoalan diorang je, aku dah tahu maksud di sebalik semua tu, hahaha ! nak suruh aku buatkan lettew ! *mata ke atas* ehh ? jadi alang alang aku dah janji nak buatkan untuk kawan aku sorang ni apa kata kita buat lebih sikit untuk semua orang, pastu bawak je pegi kolej..haa ! kan senang. semua orang dapat rasa..sedap ke tak yang tu lain cite ehh..

ni kali ke-3 aku buat oreo cheese cake, tu pun x dapat nak snap semua benda sebab dah lewat aku buat..kul 10 malam baru kalut bagai nak cari bahan, dengan letih semua..

ok dah, jom kita start ! 

bahan A:
1/2 butter
sepeket oreo crunch





sorry xde gambar asal, x sempat nak snap
*sumber: en,google*



bahan B:
500gm cream cheese (suhu bilik)
1 cawan whipping cream
1 cawan fresh milk
3/4 cawan gula (kalo nak manis guna 1 cawan pun boleh)
1 penutup kecil esen vanilla
1 sudu besar gelatin (dicampur dengan 1/2 air panas)




bahan B



cara-cara bahan A:
-cairkan butter, campurkan oreo yang hancur dengan butter,gaulkan biar rata
-masukkan campuran butter+oreo tadi ke dalam bekas/loyang, tekankan sampai sekata/mampat
-masukkan ke dalam peti lebih kurang 30min, atau sampai adunan bahan B siap, lepas tu keluarkan je



masukkan cairan butter ke dalam oreo, gaul sehingga sebati


mampatkan dalam bekas/loyang

ni lah hasil nya :)



cara-cara bahan B:
-dalam mix bowl, masukkan 500gm cream cheese, pukul sampai kembang
-masukkan 3/4 cawan gula, pukul sehingga sebati
-masukkan 1 cawan whipping cream, fresh milk dan esen vanilla, pukul sekali lagi (tapi jangan terlalu lama ya, korang agak2 la ehh)
-bila dah siap adunan tu akan pekat dan sedikit cair, tapi bukan terlalu cari ya..pekat-cair tu 50-50, faham x?
-jagan lupa masukkan 1 sudu gelatin, kacau dengn 1/2 cawan air panas..ok siap adunan B ! 
-masa dah siap adunan B tu suka hati korang nak masukkan kepingan oreo atau x, sape yang suka makan oreo boleh la masukkan lebih sikit
-kepingan oreo tadi korang hancurkan pakai tangan je, jadi dia tak hancur sangat la


-dah siap adunan B, masukkan dalam adunan A..kalo nak lagi sedap taburkan oreo lagi sekali kat atas adunan tadi
-masukkan dalam peti ais 1 malam @ 6 jam

tips: masukkan dalam peti ais biasa 6 jam pastu tukar letak kat peti atas 2-3 jam sebab oreo cheese cake ni dia lambat beku


aritu aku buat 2 biji, 1 utk rumah 1 utk kolej





gambar dari bilik kolej, hehe

done ! selamat mencuba :)





Friday 21 June 2013

mana nak cari baju raya yang lawa-lawa ?

dalam 2 minggu lagi kita dah nak puasa kan? so kalo puasa mesti ingat nak raya, pastu fikir nak cari baju raya kat mana,nak design yang macam mana,nak kaler apa semua kann ? mengaku cepat ye ke tak? ^_^

biasa nya kalo minggu pertama puasa memang dah penuh tempahan untuk buat baju raya, jangan jadi macam aku, ada satu tahun ni kitorang satu family besar ramai2 berpakat nak buat baju raya sama, bila cakap family besar ni maknanya bukan family aku saja, tapi semua..makcik pakcik sepupu aku semua sama..pastu 2 3 hari sebelum raya tu tailor cakap baju kitorang tak sempat nak siap semua, dapat siap separuh je..adehh ! problem nii..tapi kitorang macam cool je time tu dengan harapan tailor dapat siapkan baju walaupun lambat, baju lain ada yang dah siap tapi yang tu tak penting sangat la sebab yang sedondon lagi penting ! mengada tau ! and last2 memang tak siap la..so pagi raya tu aku memang sebak gila la, nak nangis pon ada tengok orang lain pakai baju sama je. yela mana tak sedih kan,kita dah planning awal2 nak pakai baju sama tapi separuh je sama, acane tuu ? cerr jawab. okay dah, tutup citer pasal tuu.

back to topic..

sekarang ni banyak butik online tengah buat pre-order untuk baju raya, rambang mata nak pilih yang mana..tapi aku suka dengan satu butik online ni, tak payah pre-order bagai memang dah ready stok punya..bagi aku kelebihan ready stok ni kita dapat baju tu awal2 lagi..pastu kalo baju tu besar ke apa ke kita boleh alter awal2, tak payah nak pusing2 kepala nanti..pastu satu lagi kadang2 tailor ni malas nak layan bila alter last minutes sebab diorang sibuk siapkan baju customer lain, so bila jadi macam tu sape susah? kite jugak kann.

straight to the point ehh, sekarang ni thepoplook.tengah keluarkan baju khas untuk raya..ko pilih je nak yang mana,bayar then posmen hantar depan rumah, pastu try felling2 artis kejap and simpan dalam gobok tunggu raya baru pakai pulak.paham? nasihat aku jangan bagi orang tengok biarpun ko dapat baju raya tu awal2, nanti basi baju ko tuu..orang pon tak excited nak tengok,kihkihkih.


contoh koleksi thepoplook yang aku pakai, tengok baju je ehh, haha!


love it, like it !




actually baju ni xde lengan, tapi aku altered tambah lengan..so jadi la mcm ni



pic asal, :)



antara koleksi raya thepoplook,! lawa kan ?

so apa lagi, cepat grab sebelum out of stock, klik SINI kalo berminat nak beli.

ok dah, jumpa lagi..Assalam :)






Friday 14 June 2013

this is my first entry

 aku sebenarnya x pandai nak mengarang ayat ni,huhu..nk buat blog ni pon byk kali fikir, benda apa aku nak update nanti? nanti kalo dah taip panjang2 org akan paham ke? urghh ! stress tau !(ok,tipu je) sebelum ni aku jadi silent reader je, lama jugak la aku dok usha blog orang tu orang ni, lebih kurang 2 tahun lebih jugak la. lama kan? ^_^ tapi tak semua blog yang menjadi kegemaran aku sbb kalo aku susah nak paham apa yang dia taip memang aku tengok gambar je, x baca pon apa yang ditulis,haha ! jahat punya orang..so bagi aku banyak faktor yang membuat aku tertarik nak bukak blog orang, gittew ! then  bila besar ni macam2 yang aku buat, so dari situ aku terfikir why not aku sharing kat orang lain..maybe boleh jadi something yang berguna ke, kita mana tahu..


bila dah ada blog ni rasa malas je nk update, pulak dahh ! *mengada2 tau ! biasa la tu,hikhik..minggu lepas aku dah masuk sem baru, jadi sibuk sikit, sibuk membuta je keje,boleh mcm tu? tapi aku duduk kolej 3 hari je, lepas tu aku balik, haha ! sbb apa balik? ok mcm ni aku pegi kolej hari isnin tapi mcm biasa la mggu pertama ni lect ada yang masuk ada yang tak sbb x semua student dah daftar course, kalo lect masuk pon x kan la diorang dah nk mengajar, agak2 la kan..walaupun aku tahu mmg x belajar lagi tapi aku pegi je kelas kot2 lect masuk ke, tapi kalo masuk pon x buat apa pn..ice breaking*mcm biasa.huhu..tapi aku ok je kalo nak ber'ice breaking' ni..boleh bgitau apa cita2 ko, hobi ko, ko tnggal kt mna and bla bla bla..so aku stay la kat kolej untuk 3 hari dan hari khamis aku balik rumah, nasib rumah dekat..untung la kau ! dduk kolej pon bosan jgak sbb xde apa nak buat, assignment pon xde lgi jadi marilah kite pulang ke rumah ya. :-D

walaupun rumah dekat tapi aku jarang balik, sebab aku tahu kalo aku dduk rumah memang x study la jawab nye..duduk kolej best sebab ada member2..time lepak kite lepak, time study kite study..jangan nak malas sangat ehh, tampar kang!



accounting students ! keep calm & study hard guys ! ;)


jaga diri, jaga hati untuk orang yang kita sayang ! aku selalu ingat benda ni, walaupun kadang2 aku careless,huhu ! tapi sekajap je, lepas tu sedar balik, hahaha ! 

okay dah, see u on the next entry..insyaAllah. :)
 

Copyright by Aisyah ismail.Design by izza-sakura.blogspot.com