Tuesday 4 February 2014

resipi hokkaido chiffon cupcakes



assalam, sayang ! :-*

wahh wahh wahh kak ton, rajin updated blog sekarang ya. xpela, alang-alang dah rajin ni meh sini meh kak ton nak share resipi ni. muahahaha.

okay tanpa melengahkan masa lagi jom kita jeling-jeling resipi kak ton. :)


bahan A
-4 biji kuning telur
-30gm gula kastor
-1 sudu kecil asen vanila
-40 ml susu segar / susu marigold HL pun boleh.
-40 ml minyak sayuran
-55 gm tepung kek / tepung gandum
-20 gm tepung kastard
- 1 sudu kecil baking pawder


bahan B
-4 biji telur putih
-80 gm gula kastor


cara-cara bahan A
-satukan tepung gandum, tepung kastard & baking powder. Ayakkan 1x @ lebih
-pukul kuning telur & gula dah putarkan pada kelajuan perlahan
-tambahkan esen vanila, susu segar dan minyak sayuran. Kemudian masukkan bahan yang diayak tadi. Putar guna mixer. Ketepikan



adunan A


cara-cara bahan B
-pukul putih telur hingga kembang
-tambahkan gula dan pukul pada kelajuan tinggi hingga adunan menjadi soft peaks



adunan B

-siap adunan B, campurkan adunan B sedikit demi sedikit ke dalam adunan A dengan kaedah kaup balik. Gaul hingga sempurna.


adunan A + B



nanti akan jadi macam ni ya

-tuangkan adunan ke dalam bekas dengan anggaran 80%. Hentakkan bekas dengan perlahan untuk mengurangkan gelembung udara pada kek.




-masukkan dalam oven dengan kepanasan 160-170c dan bakar lebih kurang 20min @ kek menjadi warna brownies diatas.
-biarkan kek sejuk di dalam untuk seketika.
-sementara menunggu, boleh buat krim kastard dulu.





bahan-bahan krim kastard
-4 sudu tepung kastard
-sedikit air panas
-3/4 cawan susu cair
-4 sudu besar gula @ secukup rasa.

cara-cara
-campurkan tepung kastard bersama air
-masukkan susu & gula di atas api kecil
-masukkan kastard bersama susu dan gula tadi
-siap !


ikut step ni ya uolss 



-selepas itu, paipkan krim kastard tadi di atas kek yang telah sejuk. hiaskan mengikut kretiviti anda. hohoho




 setengah orang paipkan krim kastard tu dalam kek, tapi sy paipkan atas kek tu aje. tak kisah macam mana pun. suka hati korang la. tak nak bubuh krim kastard pun boleh. :)



sekian drp kak ton, terima kashehhh. hikhik

selamat mencuba.



No comments:

Post a Comment

 

Copyright by Aisyah ismail.Design by izza-sakura.blogspot.com