Wednesday, 7 May 2014

resipi congo bars


assalam semua

lama x update blog, hehe. ghinduuu !
ok, arini kite nak kongsi resipi congo bars.seriously aku cakap memang senang nak buat kek ni.
dalam banyak-banyak kek yang aku buat, kek ni la paling mak abah aku suka. pasepa?? sebab kek ni dia tak bersungguh sangat. aikk! cam pelik je bunyi. hehehe

xla, macam orang tua dorang tak minat sangat kek yang manis-manis ni. nak makan kek tapi yang rasa x bersungguh sangat. pastu kek ni sesuai nak bawak minum petang, rasa dia rilex2 je. chill! hahaha. amekaw.

habis bab ceritam sekarang intai2 resipi dulu. dah abis baca pegi supermarket cepat-cepat beli barang. :)




BAHAN A
315g tepung gamdum
2 1/2 sk baking pawder
1 sk garam

BAHAN B
1 ketul @ 250gm butter
220g gula perang

BAHAN LAIN
-4 biji telur
-1 sk esen vanilla
-chocolate chip
-kacang badam




CARA-CARA
1. satukan semua bahan A, kemudian ayakkan. ketepikan
2. di dalam bekas lain, kacau bahan B menggunakan mixer. (jgn kacau terlalu lama)
3. masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan B
4. kemudian masukkan esen vanila
5. seterusnya masukkan bahan A yang telah di ayakkan dan kacau hingga sebati
6. setelah adunan sebati, masukkan chocolate chip dan kacau pakai spatula
7. setelah siap, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah di lengseng dengan mentega.
8. akhir sekali, taburkan kacang badam (ikut suka) dan bakar pada suhu 170C selama 30min atau sehingga kek tersebut menjadi warna brownies.





sebelum di bakar





selepas di bakar :)



ok dah, selamat mencuba. byebye! :-*








  

1 comment:

  1. Salam perkenalan. Pinjam resipi ye...nak cuba buat. Mcm simple je:)

    ReplyDelete

 

Copyright by Aisyah ismail.Design by izza-sakura.blogspot.com