Monday 3 February 2014

resipi puding triffle bertingkek-tingkek

assalam

adoii tajuk entry tak boleh blah sungguh, hahaha
okay arini kak ton nak share resipi puding triffle pulak.
sediakan pen dan kertas ya semua. kalo yang search resipi ni pakai smartfon korang screencapture jer
mudah kan, semudah abc? amboii ko. :p

okay dah, ready? hahaha

bahan A
-kek gulung secukupnya
bahan B
-1 cawan @ 4 sudu tepung kastard
-1/2 cawan gula
-air secukupnya
bahan C
-buah koktel
-1 kotak kristal jelly
-2 cawan air
-gula secukup rasa (depend la, kalo nak kencing manis tambah gula sekilo pon bole, ^_^) *kidding
-1/2 sudu besar pewarna merah (nak bagi cantik je)


cara-cara Bahan A
-kek gulung dipotong setebal 1cm. penuhkan dasar mangkuk/bekas dengan kek tadi. penuhi ruang bekas dan tekan2 supaya padat. Ketepikan.


bahan A


cara-cara Bahan B (krim kastard)
-campurkan tepung kastard bersama air panas. kacau hingga sebati untuk mengelakkan tepung itu berketul.





-kemudian masukkan susu bersama gula diatas api yang kecil dan masukkan kastard yang dikacau bersama air tadi. kacau sehingga mesra.
*kalo rasa krim tu cair boleh tambah tepung kastard lagi. korang agak2 sendiri la ya



 -selesai buat krim kastard, curahkan ke dalam lapisan kek tadi. Ketepikan.


macam ni ya cik kak :)


-masukkan buah koktel, nata de coco dll. *ikut suka nk letak apa pun.






cara-cara Bahan C (kristal jelly)
-masukkakn serbuk jelly, air & gula
-panaskan di atas api kecil. tunggu hingga mendidih




-selepas itu, curahkan ke atas lapisan kastard tadi
-biarkan seketika & masukkan ke dalam peti sejuk.
-tunggu beberapa jam sehinnga puding menjadi keras,
-siap!







so step by step akan jadi macam ni.


selamat mencuba ! bubye :-*
















No comments:

Post a Comment

 

Copyright by Aisyah ismail.Design by izza-sakura.blogspot.com