Saturday, 6 July 2013

resipi oreo cheese cake tanpa bakar


Assalam :)


aritu aku ada upload gambar oreo cheese cake kat fb, pastu ada sorang kawan aku ni mintak tolong buatkan untuk dia sebab dia teringin sangat nak makan cheese cake, pastu aku cakap kalo nak makan datang la rumah..nanti aku buatkan untuk dia, dia ok je..lama lepas tu kawan kawan yang lain sibuk tanya kek tu siapa buat, nak buat macam mana, senang ke tak..tapi tu semua persoalan diorang je, aku dah tahu maksud di sebalik semua tu, hahaha ! nak suruh aku buatkan lettew ! *mata ke atas* ehh ? jadi alang alang aku dah janji nak buatkan untuk kawan aku sorang ni apa kata kita buat lebih sikit untuk semua orang, pastu bawak je pegi kolej..haa ! kan senang. semua orang dapat rasa..sedap ke tak yang tu lain cite ehh..

ni kali ke-3 aku buat oreo cheese cake, tu pun x dapat nak snap semua benda sebab dah lewat aku buat..kul 10 malam baru kalut bagai nak cari bahan, dengan letih semua..

ok dah, jom kita start ! 

bahan A:
1/2 butter
sepeket oreo crunch





sorry xde gambar asal, x sempat nak snap
*sumber: en,google*



bahan B:
500gm cream cheese (suhu bilik)
1 cawan whipping cream
1 cawan fresh milk
3/4 cawan gula (kalo nak manis guna 1 cawan pun boleh)
1 penutup kecil esen vanilla
1 sudu besar gelatin (dicampur dengan 1/2 air panas)




bahan B



cara-cara bahan A:
-cairkan butter, campurkan oreo yang hancur dengan butter,gaulkan biar rata
-masukkan campuran butter+oreo tadi ke dalam bekas/loyang, tekankan sampai sekata/mampat
-masukkan ke dalam peti lebih kurang 30min, atau sampai adunan bahan B siap, lepas tu keluarkan je



masukkan cairan butter ke dalam oreo, gaul sehingga sebati


mampatkan dalam bekas/loyang

ni lah hasil nya :)



cara-cara bahan B:
-dalam mix bowl, masukkan 500gm cream cheese, pukul sampai kembang
-masukkan 3/4 cawan gula, pukul sehingga sebati
-masukkan 1 cawan whipping cream, fresh milk dan esen vanilla, pukul sekali lagi (tapi jangan terlalu lama ya, korang agak2 la ehh)
-bila dah siap adunan tu akan pekat dan sedikit cair, tapi bukan terlalu cari ya..pekat-cair tu 50-50, faham x?
-jagan lupa masukkan 1 sudu gelatin, kacau dengn 1/2 cawan air panas..ok siap adunan B ! 
-masa dah siap adunan B tu suka hati korang nak masukkan kepingan oreo atau x, sape yang suka makan oreo boleh la masukkan lebih sikit
-kepingan oreo tadi korang hancurkan pakai tangan je, jadi dia tak hancur sangat la


-dah siap adunan B, masukkan dalam adunan A..kalo nak lagi sedap taburkan oreo lagi sekali kat atas adunan tadi
-masukkan dalam peti ais 1 malam @ 6 jam

tips: masukkan dalam peti ais biasa 6 jam pastu tukar letak kat peti atas 2-3 jam sebab oreo cheese cake ni dia lambat beku


aritu aku buat 2 biji, 1 utk rumah 1 utk kolej





gambar dari bilik kolej, hehe

done ! selamat mencuba :)





18 comments:

  1. waah! sedapnye.. gulp! hehe..

    teringin nak buat tapi tak pandai.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Snang je dear, baking ni x ssah pn..kena rjin je.hehe

      Delete
  2. tengkiu dear
    boleh buat ni
    mudah je

    salam ramadhan

    ReplyDelete
  3. Haish..tengah2 posa ni meleleh air liur tengok kek ni.. Pandainya aisyah baking. Yong dah jd follower awk yg ke 12. salam perkenalan

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Kt pasaraya ad, cari yg halal,jenama nur.yg sy beli 2 kt kdai kek,dh siap2 packing dlm botol. :)

      Delete
  5. Wa bestnye tp bhn byk jg ea,egtkn td bkr rupenya msuk dlm pti ais je

    ReplyDelete
  6. dear,kan kek tu dah sejuk n keras kan..mcm mane nk keluarkan dia dari loyang?boleh terbalikkan dia ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy guna loyang yg tapak dia asing2, so kita just angkat tapak loyang tu dri bawah. :)

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Lepas beku,kita letak kek tu kat luar,dia cair tak??

    ReplyDelete
  9. Xmuak ke??? Mcm trllu byk chess..? Tpi nmpk sdp..

    ReplyDelete
  10. Xmuak ke??? Mcm trllu byk chess..? Tpi nmpk sdp..

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Saya try buat tp bla ltk kat luar tak sampai 5 minit dh cair... Huhu rasa sdp tp syg cpt cair.. Biasa pakai gelatin thn brapa lm kalo ltk kat luar?

    ReplyDelete
  13. Sedapnyaaa.. esk nk buat untuk jamuann harap2 menjadi lerr hiks. Tq sudi share resepi 😊

    ReplyDelete
  14. Bestnya...saya nak buat tapi dekat mana nak beli oreo crunch

    ReplyDelete

 

Copyright by Aisyah ismail.Design by izza-sakura.blogspot.com